Started by Muhammad Kausar in ISLAM Dec. 28, 2009.
Started by Muhammad Kausar in ISLAM Dec. 13, 2009.
Started by Muhammad Kausar in ISLAM Dec. 9, 2009.
Started by Serikandi in ARTIKEL-ARTIKEL Nov. 27, 2009.
Started by Muhammad Kausar in ISLAM. Last reply by Muhammad Kausar Dec. 3, 2009.
Loading feed
Loading feed
Loading feed
Loading feed
Loading feed
Loading feed
Liqo’ Tarbawi (L.T) sebagai satu gerakkan baru dan bakal menjadi satu Jemaah yang memperjuangkan serta mempertahankan Islam. Dalam L.T ini kita sama-sama melatih (Tadrib) diri untuk menjadi seorang (Fard) dari Umat Nabi Muhammad S.A.W yang sejati, aktivis dan berani demi kebenaran, juga bercita-cita syahid di jalan Allah S.W.T. Sesungguhanya segala puji dan puja milik Allah SWT, Tuhan yang mengurniakan kita dengan nikmat yang paling tuntas, kita memohon kepadanya daripada rasa kebergantungan kepada thoghut dan bermanis muka dengan jahiliah moden, selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah menunjukkan kepada kita jalan Dakwah dan Jihad yang panjang ini, yang telah bermandi darah dan berkubang jerih keringat memacu perjuangan sehingga Islam menggema di seluruh belahan dunia ini. Allah SWT tidak membiarkan Islam tanpa para pembela, semakin kuat Islam di himpit semakin ramai pejuang dan para aktivis yang tampil membela sehingga merelakan nyawa dan raga.


Pulau Pinang, 15 Jan 2010 - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah memberikan khutbah Jumaat pada hari ini di Masjid Jelutong, Pulau Pinang. Intipati khutbah beliau menyentuh soal isu nama Allah yang dilihat bukan ancaman pihak luar itu yang besar, tetapi ia berpunca daripada kelemahan diri umat Islam itu sendiri.
Beliau turut mempersoalkan bagaimanakah agama majoriti harus takut dan tunduk kepada agama minoriti? Sampai bilakah umat Islam harus berada dalam ketakutan dengan perkembangan agama lain sedangkan mereka tidak pernah bimbang dengan perkembangan agama Islam.
Umat Islam harus menjadi umat contoh yang harus baik akhlak, moral dan spiritualnya untuk dicontohi oleh bukan Islam agar mereka tertarik untuk memeluk agama Islam.

Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;
1. Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;
* Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
* Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
* Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.
2. Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.
3. Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).
4. Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.
5. Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.
6. Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.
7. Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
8 Jan 2010
Assalamu alaikum wrb wahai ikhwah & akhawat: KFC : Tiada Kaitan Dengan Israel ? Berkaitan dengan KFC, Israel & Amerika saya ingin jelaskan seperti yang berikut:
BUKTI PERTAMA:
KFC ialah singkatan dari “Kentucky Fried Chicken” nama Kentucky diambil dari nama satu tempat di Amerika iaitu (The State of Kentucky) dimana KFC Corporation based. Maksud saya KFC punya pusat ada di situ.
URL berikut ini ialah berkenaan “Cooperation Between Israel
and the State of Kentucky”
http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/states/KY.html
Selepas Ikhwah & Akhawat sudah baca URL tadi ternyata bahawa The State of Kentucky di Amerika ini membantu Israel maka termasuk la juga KFC Corporation (KFC PUSAT)
Di sini kita dapat tahu bahawa keuntungan KFC seluruh dunia akan disalurkan pada KFC PUSAT di The State of Kentucky Amerika, dan pengurus The State of Kentucky akan menyumbang Israel bukan hanya dari keuntungan KFC sahaja tetapi juga dari keseluruhan keuntungan syarikat-syarikat lain yang berada di The State of Kentucky itu.
Walaupun KFC di Malaysia dimiliki oleh syarikat Johor Holdings yang majoritinya adalah melayu Islam, namun, royalti 5% utuk penjenamaan masih perlu dibayar oleh syarikat tersebut kepada Amerika.
BUKTI KE DUA:
Pada tahun 1986 Syarikat yang jelas menyokong Israel “PepsiCo” telah beli KFC dengan harga $840 Billion US.
SILA RUJUK= http://www.kfclist.com/about/history.asp
ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI
Wassalam
Dari Kapten Liqo’ Tarbawi Network Akh Muhammad Kausar
( http://lt-network.ning.com )


Marilah wahai saudara saudariku seagama, menghayati Islam yang telah di Amanahkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat, Sirah & Sejarah Islam membuktikan bahawa mereka telah berkorban demi Islam bermati-matian untuk menyampaikan Islam kepada kita semua... Ayuhlah kita hayati dan pelajari Islam demi mempertahankan serta menerapkanya ke dalam diri, keluarga, mesyarakat dan negara.
MARILAH MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI SAHABAT SEPERJUANGAN HINGGA KE AKHIR HAYAT DEMI ISLAM YANG TERCINTA
UNTUK MENDAPAT NIKMAT TERINDAH IAITU KEREDHAAN ALLAH SWT.

Added by Muhammad Kausar
Sign up to chat on L.T

Loading feed
Loading feed
Loading feed
Loading feed
© 2010 Created by Muhammad Kausar on Ning. Create a Ning Network!